JellyPages.com

Friday, 15 March 2013

BBA Couple Profile


BBA Couple Profile ^^ 





NAMA:
CHONG LEE KIAN

NO. MATRIK: 213029

PROGRAM PENGAJIAN:
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS












NAMA:
 SAW LEE YEAN

NO. MATRIK: 213111

PROGRAM PENGAJIAN:
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS








Ringkasan Eksekutif


Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua, 

         Pertama sekali, kami  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami kerana memberi tugasan yang begitu mencabar dan menarik kepada kami iaitu menulis blog. Hal ini adalah kerana untuk menyiapkan tugasan ini, kami pertama kalinya  membuka blog sendiri dan berpeluang jalan-jalan cari makanan yang lazat di UUM. Selain itu, kami juga ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Bantuan yang mereka berikan telah menolong kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. 

   Blog kami bertajuk UUM FOOD COURT Seperti tajuk blog yang dinyatakan, tujuan kami mengadakan blog ini adalah untuk memperkenalkan medan selera di UUM  kepada semua pelajar UUM dan juga kepada pihak luar tentang keistimewaan makanan yang terdapat di UUM. Hal ini adalah kerana kami mendapati bahawa ramai pelajar UUM  mempunyai pandangan yang tidak baik terhadap makanan yang ditawarkan oleh medan selera UUM.
          
     Matlamat kami adalah untuk mengubah pandangan negatif pelajar  terhadap makanan yang ditawarkan oleh medan selera UUM. Justeru, kami telah memperkenalkan menu istimewa yang terdapat di setiap medan selera di dalam blog ini. Daripada hasil kajian kami, kami mendapati bahawa terdapat dua belas medan selera yang mempunyai menu istimewa yang dapat menarik pelajar untuk mengunjunginya. Antaranya adalah UUM Bites Cafe, Cengkeh Cafe, Uni Cafe, Medan Selera Petronas, BSN Cafe, Lego, Kafeteria Seri Binjal, Yasmeen, Medan Selera Eon, Bubble Cafe @ SME, Famila Cafe serta Kachi Mall.
          
        Akhirnya, kami mencadangkan pihak medan selera UUM akan meningkatkan qualiti makanan yang ditawarkan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk mengunjunginya. Kami juga  mengharap selepas anda  semua membaca blog ini, padangan ANDA terhadap medan selera UUM akan berubah dan anda akan berkunjung ke medan selera yang kami memperkenalkan. 

              Sekian, terima kasih.




         
           
      
              

Wednesday, 13 March 2013

Kachi Mall ^^


KaChi MAlL merupakan satu medan selera yang terletak di Bukit Kachi iaitu di dewan penginapan pelajar luas kampus. Ia khususnya menyediakan makanan kepada Pelajar yang tinggal di DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank. Persekitaran di Bukit Kachi ini amat bersih dan nyaman, ia bebas daripada pencemaran udara dan bunyi. Pelajar akan  merasa selesa menjamu selera di sini. 




~Persekitaran Kachi Mall yang indah dan bersih~


 Terdapat banyak gerai makanan di Kachi Mall seperti masakan cina, ala carte, nasi tomato, nasi kerabu, nasi campur, masakan barat, masakan india dan kedai minuman. Makanan yang ditawarkan ini membolehkan pelajar mempunyai pelbagai pilihan ketika membeli. Hal ini dapat memenuhi cita rasa pelajar yang berbeza.


Makanan yang ditawarkan di Kachi Mall



Kachi Mall bukan sahaja menarik pelajar DPP Bank Rakyat dan SME Bank tetapi juga pelajar dari campus...



Sekarang tibalah masa untuk kami memperkenalkan menu istimewa di Kachi Mall. Menu istimewa di Kachi Mall adalah nasi tomato. Nasi tomato ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar terutama pelajar melayu. Gerai Nasi Tomato ini menyediakan nasi tomato yang dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk antaranya termasuklah kari ayam, ayam goreng, pelbagai jenis masakan ikan, daging, dan sebagainya. Tawaran makanan yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Justeru, ramai pelajar yang akan berkunjung ke gerai nasi tomato ini. 




Nasi Tomato yang menjadi pilihan utama pelajar.. ^^




Selain itu, terdapat juga gerai-gerai lain yang menawarkan  pelbagai jenis makanan. Antaranya ialah gerai masakan barat dan masakan cina. 




~Masakan Barat~
Burger,chicken chop,pizza,kentang goreng...




~Masakan Cina~

Kachi Mall  menjadi pilihan utama  pelajar Bank Rakyat dan SME Bank kerana makanannya yang sedap, pelbagai pilihan, murah dan persekitaran yang amat indah dan bersih...

Anda bolehlah mengunjungi Kachi Mall untuk merasai keenakan makanan yang ditawarkan.
BeLum CubA BelUm TahU ^^ 


Monday, 11 March 2013

FaMiLa CaFe ~Red House~


Red House ???







Adakah anda tahu nama sebenar Kafe ini?? Adakah namanya Red House?



Nama sebenar Kafe ini adalah ~FaMiLa Cafe ~




Famila Cafe atau juga dikenali sebagai Red House Cafe  merupakan salah satu medan selera yang terkenal dalam kampus UUM. Ramai pelajar asing atau pensyarah dari luar negara gemar menjamu selera di sini pada waktu rehat. Hal ini adalah kerana Famila Cafe ini menawarkan pelbagai hidangan untuk pelanggannya. 










Antara jenis makanan istimewa yang ditawarkan oleh Red House adalah seperti African food, Malay food, Arabic food, Pakistani food dan sebagainya. Kepelbagaian hidangan yang disediakan telah menarik hati pelajar dan pensyarah asing untuk menjamu selera di sini. Hal ini adalah kerana makanan yang ditawarkan di Famila Cafe ini dapat memenuhi cita rasa mereka. Selain itu hidangan di kafe ini dapat mengubat rasa rindu mereka terhadap makanan negara mereka. 




 ~African fOOd~
~Red House menarik ramai pelajar utuk mengunjunginya.~


                                
Kepada sesiapa yang suka  makanan barat seperti pasta atau berminat untuk cuba roti arab, kami mengesyorkan anda pergi ke Famila Cafe. Anda tidak akan kecewa selepas cuba makanan di Famila Cafe!!!

BeLuM cUbE BeLuM TaHu...^^







Bubble Cafe @ SME


Bubble cafe @ SME adalah sebuah kafeteria yang terdapat di Dewan Penginapan Pelajar SME Bank. DPP SME Bank ini merupakan dewan penginapan luar kampus yang terletak di Bukit Kachi iaitu di Laluan D.  Bubble Cafe @ SME menawarkan pelbagai jenis makanan termasuklah nasi lemak kukus, mee kari, nasi ayam, roti canai dan masakan panas.

DPP SME BANK




BUBBLE CAFE @ SME


Bubble Cafe @ SME ini agak unik jika dibandingkan dengan kafeteria di dewan penginapan pelajar yang lain. Bubble cafe @ SME ini dihias dengan cantik dan teratur dengan menggunakan tema biru dan putih. Suasana di kafeteria ini sangat menyenangkan. Pekerja- pekerja di kafeteria ini juga sangat berbudi bahasa dan sopan santun terhadap pelanggannya.  Justeru, keunikan yang dimiliki oleh Bubble Cafe @ SME ini telah  menjadi kelebihannya untuk bersaingan dengan kafeteria yang lain. Ia mampu menarik hati ramai pelajar untuk mengunjunginya terutamanya pada waktu malam.


Perhiasan yang bertemakan biru dan putih..


Suasana Bubble Cafe @ SME dapa waktu malam..


Menu istimewa yang ditawarkan disini adalah roti canai. Pelbagai jenis roti canai ditawarkan kepada pelajar termasuklah roti canai kosong, roti canai jagung, roti canai telur, roti canai planta dan sebagainya. Pelajar akan berkunjung ke kafeteria ini untuk menikmati roti canai yang sedap pada waktu malam. Harganya juga berpatutan. Pelajar mendapat kepuasan selepas menikmati roti canai di kafeteria ini.

Makanan yang kami cuba di Bubble Cafe @ SME










Selain itu, kami juga mendapati bahawa mee kari yang ditawrakan disini sangat menyelerakan.  Rupa luarannya sudah dapat menarik hati kami dan membuatkan kami mengalirkan air liur ketika melihatnya. Sememangnya seperti yang kami jangkakan, ia tidak mengecewakan kami,  mee kari ini sanagt enak. Harga yang dikenakan juga berpatutan.
                                     mee kari dengan harga RM 3.00



Ini adalah pertama kali kami menjejak kaki ke Bubble Cafe @ SME dan kami mendapati kafeteria ini agak berbeza dengan kafeteria di DPP lain dari segi perhiasan dan makanan yang ditawarkan. Persekitaran di kafeteria ini juga bersih dan menyenangkan, ia sesuai untuk mengadakan perbincanagan dalam kumpulan. Oleh itu, kami mencadangkan kepada sesiapa yang belum pernah mengunjungi kafeteria ini, bolehlah anda mancari peluang untuk menjamu selera di sini.


~Belum Cuba Belum Tahu~





Medan Selera Eon


Medan Selera EON adalah terletak di Dewan Penginapan Pelajar EON iaitu di Laluan B.Medan Selera Eon ini baru sahaja diubahsuai dan ia telah beroperasi dengan wajah baru.Wajah baru medan selera ini telah menarik ramai pelajar untuk menjamu selera di sana. 

Medan Selera EON
 Medan selera ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang dapat memenuhi kehendak dan permintaan para pelajar.Menu istimewa di medan selera ini adalah nasi lemak.Nasi lemak ini adalah terdiri daripada telur goreng,ayam dan sambal ikan bilis.Harga yang dikenakan juga berpatutan dengan makana yang ditawarkan.Pelajar akan mendapat keputusan setelah menikmati nasi lemak ini.

Yasmeen

Yasmeen merupakan sebuah kedai nasi kandar yang dimiliki oleh orang india. Ia terletak di sebelah  Lego. Yasmeen adalah sebuah kedai yang baru mula beroperasi di UUM pada tahun 2012. Namun demikian, ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membolehkannya berdaya saing dengan Lego. Yasmeen bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar india, malah ia juga menarik hati pelajar bangsa lain untuk mengunjunginya. 





Nasi Kandar Restoran _ Yasmeen




Yasmeen yang sentiasa dipenuhi oleh  pelajar..




Yasmeen menawarkan lauk-pauk yang dapat membuka selera pelajar. Antaranya termasuklah ayam madu, ayam goreng, kari ayam, kari ikan, sotong, telur dan pelbagai jenis sayuran. Selain itu, Yasmeen juga menawarkan masakan panas. Menu masakan panas yang paling digemari oleh pelajar adalah maggi goreng. Harga yang dikenakan oleh Yasmeen adalah berpatutan dengan makanan yang ditawarkan. 



Lauk-pauk yang ditawarkan..





Tukang masak sedang menyediakan maggi goreng...




Ayam madu merupakan masakan yang paling mendapat sambuatan dalam kalangan pelajar. Kebiasaannya, ayam madu ini akan habis dijual sebelum pukul 2 petang. Keistimewaan ayam madu ini adalah rasanya manis dan ayamnya sangat lembut. Ia sangat menyelerakan. 



Ayam madu yang digemari ramai... 


   


Pada pendapat kami, Yasmeen merupakan sebuah kedai yang standard dan mampu menarik ramai pelajar untuk mengunjunginya. Justeru, pelajar yang belum pernah mencuba makanan di Yasmeen bolehlah pergi merasai keenakan makanan yang ditawarkan.

~Belum Cuba Belum Tahu~