JellyPages.com

Friday, 15 March 2013

Ringkasan Eksekutif


Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua, 

         Pertama sekali, kami  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami kerana memberi tugasan yang begitu mencabar dan menarik kepada kami iaitu menulis blog. Hal ini adalah kerana untuk menyiapkan tugasan ini, kami pertama kalinya  membuka blog sendiri dan berpeluang jalan-jalan cari makanan yang lazat di UUM. Selain itu, kami juga ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Bantuan yang mereka berikan telah menolong kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. 

   Blog kami bertajuk UUM FOOD COURT Seperti tajuk blog yang dinyatakan, tujuan kami mengadakan blog ini adalah untuk memperkenalkan medan selera di UUM  kepada semua pelajar UUM dan juga kepada pihak luar tentang keistimewaan makanan yang terdapat di UUM. Hal ini adalah kerana kami mendapati bahawa ramai pelajar UUM  mempunyai pandangan yang tidak baik terhadap makanan yang ditawarkan oleh medan selera UUM.
          
     Matlamat kami adalah untuk mengubah pandangan negatif pelajar  terhadap makanan yang ditawarkan oleh medan selera UUM. Justeru, kami telah memperkenalkan menu istimewa yang terdapat di setiap medan selera di dalam blog ini. Daripada hasil kajian kami, kami mendapati bahawa terdapat dua belas medan selera yang mempunyai menu istimewa yang dapat menarik pelajar untuk mengunjunginya. Antaranya adalah UUM Bites Cafe, Cengkeh Cafe, Uni Cafe, Medan Selera Petronas, BSN Cafe, Lego, Kafeteria Seri Binjal, Yasmeen, Medan Selera Eon, Bubble Cafe @ SME, Famila Cafe serta Kachi Mall.
          
        Akhirnya, kami mencadangkan pihak medan selera UUM akan meningkatkan qualiti makanan yang ditawarkan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk mengunjunginya. Kami juga  mengharap selepas anda  semua membaca blog ini, padangan ANDA terhadap medan selera UUM akan berubah dan anda akan berkunjung ke medan selera yang kami memperkenalkan. 

              Sekian, terima kasih.




         
           
      
              

No comments:

Post a Comment