JellyPages.com

Friday, 8 March 2013

Cengkeh Cafe



Cengkeh Cafe  terletak di bangunan COLGIS iaitu diantara DKG 5 dan DKG 6. Pelajar yang menghadiri kelas di DKG 5 dan 6 akan berkunjung ke Cengkeh Cafe untuk makan tengahari. Cengkeh  Cafe ini menawarkan pelbagai makanan seperti nasi ayam, masakan panas, nasi lemak, sizzling, claypot, bihun sup, mee sup, pau, bubur, keropok dan sebagainya. 



Cengkeh Cafe

Antara menu istimewa yang ditawarkan di Cengkeh Cafe ialah keropok dan sizzling. Kebanyakkan pelajar melayu akan memilih sizzling sebagai pilihan mereka, kerana resipi sizzling ini telah diubah untuk menyesuaikan selera orang melayu. Sizzling mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar UUM. Ada sebahagian pelajar sanggup berjalan dari DKG 2 ke bangunan COLGIS semata-mata untuk makan sizzling. Ini telah terbukti bahawa sizzling ialah makanan istimewa  di Cengkeh Cafe. 



Pelajar Melayu yang berkunjung ke Cengkeh Cafe


Antara pelajar melayu yang makan sizzling..


Seterusnya, keropok juga menjadi menu istimewa di Cengkeh Cafe. Pelajar akan mengambil kesempatan semasa pertukaran waktu kuliah untuk membelinya sebagai alas perut.




Hanya RM1 sebungkus




Kepada sesiapa yang belum pernah cuba makanan ini, bolehlah anda kunjung ke Cengkeh Cafe untuk cuba menu istimewa ini. ^^

~Belum cuba belum tahu~















No comments:

Post a Comment