JellyPages.com

Thursday, 7 March 2013

Campus Bites UUM

Campus  Bites UUM ini terletak di Varsity Mall. Ia merupakan sebuah gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian makanan yang ditawarkan  membolehkan pelajar mempunyai pilihan yang banyak ketika membeli. Antara makanan yang dijual ialah nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, sosej, bebola ikan dan sebagainya. 


Padangan depen Campus Bites UUM






                       ~Ini adalah makanan yang terdapat di Campus Bites~



Menu istimewa yang ditawarkan di Campus Bites UUM ialah NasI keRaBu. Nasi kerabu merupakan makanan tradisional orang Kelantan dan merupakan satu hidangan nasi ulam yang berwarna biru. Warna biru nasi adalah terhasil daripada jus bunga telang. Nasi kerabu ini dihidangkan dengan pelbagai jenis ulam yang segar serta lauk-pauk tambahan seperti ayam bakar, daging bakar, ikan goreng, telur masin, ikan masin, solok, budu dan sebagainya. 


Nasi Kerabu yang ditawarkan oleh Campus Bites UUM... hanya dengan harga RM3.50


     Pada pendapat kami, nasi kerabu ini merupakan nasi kerabu yang paling sedap yang pernah kami cuba di UUM. Ia membuatkan kami terkenang kampung halaman kami. 

    Kepada sesiapa yang berminat untuk makan nasi kerabu dan sesiapa yang tidak pernah mencuba makanan ini, kami  mencadangkan anda mengunjungi gerai ini untuk merasai keenakan nasi kerabu ini. 
~BELuM CuBA, BELuM TAHu~



No comments:

Post a Comment