Adakah anda tahu nama sebenar Kafe ini?? Adakah namanya Red House?
Nama sebenar Kafe ini adalah ~FaMiLa Cafe ~
Famila Cafe atau juga dikenali sebagai Red House Cafe merupakan salah satu medan selera yang terkenal dalam kampus UUM. Ramai pelajar asing atau pensyarah dari luar negara gemar menjamu selera di sini pada waktu rehat. Hal ini adalah kerana Famila Cafe ini menawarkan pelbagai hidangan untuk pelanggannya.
Antara jenis makanan istimewa yang ditawarkan oleh Red House adalah seperti African food, Malay food, Arabic food, Pakistani food dan sebagainya. Kepelbagaian hidangan yang disediakan telah menarik hati pelajar dan pensyarah asing untuk menjamu selera di sini. Hal ini adalah kerana makanan yang ditawarkan di Famila Cafe ini dapat memenuhi cita rasa mereka. Selain itu hidangan di kafe ini dapat mengubat rasa rindu mereka terhadap makanan negara mereka.
~African fOOd~
~Red House menarik ramai pelajar utuk mengunjunginya.~
Kepada sesiapa yang suka makanan barat seperti pasta atau berminat untuk cuba roti arab, kami mengesyorkan anda pergi ke Famila Cafe. Anda tidak akan kecewa selepas cuba makanan di Famila Cafe!!!
BeLuM cUbE BeLuM TaHu...^^
No comments:
Post a Comment