JellyPages.com

Saturday, 9 March 2013

Medan Selera Petronas






         Medan Selera Petronas terletak di Dewan Penginapan Petronas di Laluan B. Terdapat beberapa gerai yang menawarkan makanan yang berbeza di medan selera ini.  Antaranya termasuklah gerai sup dan masakan berkuah,  gerai masakan barat, nasi campur, roti canai dan sebagainya. Selain itu, medan selera ini juga mempunyai satu gerai yang menjual minuman. Pelbagai jenis minuman dijual di sini termasuklah jus buah-buahan. 




Gerai minuman..


Sebahagian minuman yang ditawarkan..




Sekarang tibalah masa untuk memperkenalkan menu istimewa di Medan Selera Petronas. Menu istimewa  di medan selera ini adalah TOM YAM. Gerai masakan panas ini menawarkan pelbagai set tom yam dengan harga yang berpatutan kepada pelajar UUM.  Sebagai contohnya, Set A adalah  nasi putih + telur dadar + tomyam  ayam. Selain dari nasi, ia juga menawarkan mee tom yam, koey teow tom yam dan bihun tomyam.





Pandanagan depan  gerai Sup dan Masakan Berkuah


Jenis tom yam yang ditawarkan...

Pada pendapat kami, tom yam ini sangat menyelarakan. Ia merupakan tom yam yang paling sedap dan terkenal di UUM. Kepada sesiapa yang gemar makan tom yam dan kepada sesiapa yang belum pernah cuba  tom yam ini bolehlah berkunjung ke gerai ini...

Jom, kita pergi mencuba... sedapnya....

                                                                        


~BELUM CUBA BELUM TAHU~







No comments:

Post a Comment