Yasmeen merupakan sebuah kedai nasi kandar yang dimiliki oleh orang india. Ia terletak di sebelah Lego. Yasmeen adalah sebuah kedai yang baru mula beroperasi di UUM pada tahun 2012. Namun demikian, ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membolehkannya berdaya saing dengan Lego. Yasmeen bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar india, malah ia juga menarik hati pelajar bangsa lain untuk mengunjunginya.
Nasi Kandar Restoran _ Yasmeen |
Yasmeen yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar.. |
Yasmeen menawarkan lauk-pauk yang dapat membuka selera pelajar. Antaranya termasuklah ayam madu, ayam goreng, kari ayam, kari ikan, sotong, telur dan pelbagai jenis sayuran. Selain itu, Yasmeen juga menawarkan masakan panas. Menu masakan panas yang paling digemari oleh pelajar adalah maggi goreng. Harga yang dikenakan oleh Yasmeen adalah berpatutan dengan makanan yang ditawarkan.
Lauk-pauk yang ditawarkan.. |
Tukang masak sedang menyediakan maggi goreng... |
Ayam madu merupakan masakan yang paling mendapat sambuatan dalam kalangan pelajar. Kebiasaannya, ayam madu ini akan habis dijual sebelum pukul 2 petang. Keistimewaan ayam madu ini adalah rasanya manis dan ayamnya sangat lembut. Ia sangat menyelerakan.
Pada pendapat kami, Yasmeen merupakan sebuah kedai yang standard dan mampu menarik ramai pelajar untuk mengunjunginya. Justeru, pelajar yang belum pernah mencuba makanan di Yasmeen bolehlah pergi merasai keenakan makanan yang ditawarkan.
~Belum Cuba Belum Tahu~
No comments:
Post a Comment