JellyPages.com

Sunday, 10 March 2013

Lego

Lego merupakan satu medan selera yang mempunyai lokasi yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah dari laluan DKG ke perpustakaan. Ramai pelajar akan menjamu selera di Lego ketika masa rehat. Ini adalah kerana Lego terletak tidak jauh dari dewan kuliah, ia memudahkan pelajar dan pelajar tidak perlu berjalan jauh untuk pergi ke sana. Selain itu, Lego juga mempunyai beberapa gerai yang menawarkan makanan yang berbeza. Sebagai contohnya, nasi ayam, nasi lemak, nasi campur, ala carte dan sebagainya. 

Lego



Menu istimewa di Lego ini  ialah ala carte.  Ala carte menawarkan bihun goreng, nasi goreng dan mee goreng. Makanan ini hanya dijual dengan harga yang murah. Harga yang murah menarik perhatian pelajar untuk kunjung ke gerainya. Hal ini adalah kerana, ramai pelajar hanya menggunakan duit PTPTN untuk membiayai kehidupan mereka di Universiti. Oleh itu, mereka perlulah bejimat-cermat untuk menampung kehidupan mereka.





                                                                                      
                                                                                         Ala Carte ^-^




Pelajar sanggup beratur panjang untuk membeli makanan di Ala Carte




Selain daripada ala carte, Nasi lemak juga menjadi pilihan pelajar kerana harganya cukup murah iaitu hanya RM1.50. Walaupun harganya murah, nasi lemak ini sangat sedap, ia membuatkan para pelajar mempunyai kepuasaan selepas menikmatinya. 



Nasi lemak~~RM1.50





 
~nasi ayam~




Keistimewaan  Lego membolehkannya mendapat sambutan dalam kalangan pelajar. Pelajar bolehlah berkungjung  ke Lego untuk merasai pelbagai makanan yang sedap.


~Belum Cuba Belum Tahu~ 



No comments:

Post a Comment