Medan Selera EON adalah terletak di Dewan Penginapan Pelajar EON iaitu di Laluan B.Medan Selera Eon ini baru sahaja diubahsuai dan ia telah beroperasi dengan wajah baru.Wajah baru medan selera ini telah menarik ramai pelajar untuk menjamu selera di sana.
|
Medan Selera EON
Medan selera ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang dapat memenuhi kehendak dan permintaan para pelajar.Menu istimewa di medan selera ini adalah nasi lemak.Nasi lemak ini adalah terdiri daripada telur goreng,ayam dan sambal ikan bilis.Harga yang dikenakan juga berpatutan dengan makana yang ditawarkan.Pelajar akan mendapat keputusan setelah menikmati nasi lemak ini.
|
Nasi lemak di Medan Selera Eon |
Pada pendapat kami, nasi lemak di Medan Selera Eon ini sangat menyelerakan dan dapat memberi kepuasan kepada kami setelah cuba merasainya. Oleh itu, kami mencadangkan kepada sesiapa yang gemar makan nasi lemak, bolehlah anda mencuba nasi lemak ini di Medan Selera Eon.
~Belum Cuba Belum tahu~
|
No comments:
Post a Comment