KaChi MAlL merupakan satu medan selera yang terletak di Bukit Kachi iaitu di dewan penginapan pelajar luas kampus. Ia khususnya menyediakan makanan kepada Pelajar yang tinggal di DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank. Persekitaran di Bukit Kachi ini amat bersih dan nyaman, ia bebas daripada pencemaran udara dan bunyi. Pelajar akan merasa selesa menjamu selera di sini.
~Persekitaran Kachi Mall yang indah dan bersih~
|
Terdapat banyak gerai makanan di Kachi Mall seperti masakan cina, ala carte, nasi tomato, nasi kerabu, nasi campur, masakan barat, masakan india dan kedai minuman. Makanan yang ditawarkan ini membolehkan pelajar mempunyai pelbagai pilihan ketika membeli. Hal ini dapat memenuhi cita rasa pelajar yang berbeza.
Makanan yang ditawarkan di Kachi Mall |
Kachi Mall bukan sahaja menarik pelajar DPP Bank Rakyat dan SME Bank tetapi juga pelajar dari campus...
|
Sekarang tibalah masa untuk kami memperkenalkan menu istimewa di Kachi Mall. Menu istimewa di Kachi Mall adalah nasi tomato. Nasi tomato ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar terutama pelajar melayu. Gerai Nasi Tomato ini menyediakan nasi tomato yang dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk antaranya termasuklah kari ayam, ayam goreng, pelbagai jenis masakan ikan, daging, dan sebagainya. Tawaran makanan yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Justeru, ramai pelajar yang akan berkunjung ke gerai nasi tomato ini.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai lain yang menawarkan pelbagai jenis makanan. Antaranya ialah gerai masakan barat dan masakan cina.
~Masakan Barat~
Burger,chicken chop,pizza,kentang goreng...
~Masakan Cina~
Kachi Mall menjadi pilihan utama pelajar Bank Rakyat dan SME Bank kerana makanannya yang sedap, pelbagai pilihan, murah dan persekitaran yang amat indah dan bersih...
Anda bolehlah mengunjungi Kachi Mall untuk merasai keenakan makanan yang ditawarkan.
BeLum CubA BelUm TahU ^^
No comments:
Post a Comment