KAFETERIA SERI BINJAL terletak di Dewan Penginapan Pelajar Proton iaitu di Laluan A. Kafeteria ini menawarkan pelbagai jenis makanan kepada pelajar khususnya kepada pelajar DPP Proton.
~Kafeteria Seri Binjal ~ |
Menu istimewa kafeteria ini adalah nasi campur. Gerai nasi campur menawarkan pelbagai lauk yang menyelerakan dengan tawaran harga yang murah. Keenakan makanan yang disediakan telah menarik hati pelajar untuk menjamu selera di sana.
Pelbagai jenis lauk yang ditawarkan... |
Selain itu, Kafeteria Seri Binjal ini juga menawarkan buah-buahan. Pelajar bolehlah menikmati buah-buahan yang segar untuk menyihatkan badan. Antara buah-buahan yang dijual di sini termasuklah tembikai dan jambu batu.
Buah-buahan yang dijual di Kafeteria Seri Binjal |
Walaupun nasi campur yang ditawarkan di kafeteria ini adalah lebih kurang sama dengan nasi campur di kafeteria lain, tetepi nasi campur di Kafeteria Seri Binjal ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat menarik pelanggan untuk mengunjunginya. Oleh itu, pelajar boleh berkunjung ke kafeteria ini untuk merasai keenakan makanan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment